Blog Archive

Wednesday 16 May 2012


Lirik Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
SELAMAT HARI GURU KHAS UNTUK SEMUA YANG BERGELAR GURU.

Lagu Tema Hari Guru 2012


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o 2x




Monday 5 March 2012

Kalendar Hijrah

Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Untuk Sesi 2013 Dan 2014

     

     Dimaklumkan kepada ibubapa atau penjaga bermula 1 Mac 2012 hingga 31 Mac 2012 Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi telah membuka pendaftaran untuk kemasukan murid Tahun 1 bagi sesi 2013 dan 2014. Dimana anak-anak yang lahir pada :
  • 01.01.2006 - 01.01.2007 - Untuk sesi Tahun 1 pada tahun 2013
  • 02.01.2007 - 01.01.2008 - Untuk sesi Tahun 1 pada tahun 2014

     Oleh dengan itu bagi ibubapa yang berminat untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah ini boleh datang ke pejabat sekolah dari hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang (rehat tutup 1.00 ptg - 2.00 ptg) dan Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang (rehat tutup 12.15 t/hari - 2.45 petang) dengan membawa sesalinan surat lahir dan salinan asal bagi anak yang hendak didaftarkan dan kad pengenalan ibubapa atau penjaga. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi di talian 05-8544930.

Saturday 25 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

     Pada tanggal 17 Februari 2012 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi berlangsungnya acara gilang-gemilang Majlis Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara yang disambut seawal jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan perarakan oleh murid-murid dan guru-guru mengelilingi kawasan sekolah sambil membawa sepanduk yang bertemakan Sambutan Maulidur Rasul.



    Sepanduk ini yang merupakan hasil kerja yang dilakukan sendiri oleh murid-murid sekolah ini dimana setiap sepanduk yang dihasilkan dipertandingkan bagi merebut hadiah yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Pertandingan sepanduk ini diwakil setiap darjah dari Darjah 1 hingga Darjah 6.



    Selain itu pertandingan mewarna poster, nasyid dan selawat turut diadakan yang diwakili dari setiap kelas.Sebelum majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, murid-murid diberikan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan sendiri oleh guru SKST iaitu Ustaz Mohd Redzuan B. Che Razak. Ceramah yang bertajuk Sirah Rasullah berjaya membuat kira-kira 300 murid yang berada di dewan mendengar dengan penuh minat dan kusyuk. Semoga acara sambutan ini dapat dilakukan dengan lebih baik pada masa hadapan.