Blog Archive

Saturday 25 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

     Pada tanggal 17 Februari 2012 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi berlangsungnya acara gilang-gemilang Majlis Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara yang disambut seawal jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan perarakan oleh murid-murid dan guru-guru mengelilingi kawasan sekolah sambil membawa sepanduk yang bertemakan Sambutan Maulidur Rasul.



    Sepanduk ini yang merupakan hasil kerja yang dilakukan sendiri oleh murid-murid sekolah ini dimana setiap sepanduk yang dihasilkan dipertandingkan bagi merebut hadiah yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Pertandingan sepanduk ini diwakil setiap darjah dari Darjah 1 hingga Darjah 6.



    Selain itu pertandingan mewarna poster, nasyid dan selawat turut diadakan yang diwakili dari setiap kelas.Sebelum majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, murid-murid diberikan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan sendiri oleh guru SKST iaitu Ustaz Mohd Redzuan B. Che Razak. Ceramah yang bertajuk Sirah Rasullah berjaya membuat kira-kira 300 murid yang berada di dewan mendengar dengan penuh minat dan kusyuk. Semoga acara sambutan ini dapat dilakukan dengan lebih baik pada masa hadapan.