Blog Archive

Sekolah Lestari

Pengenalan
Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 2001. Pertandingan Sekolah Lestari dibuka kepada sekolah rendah dan menengah. Tujuan program ialah untuk menghidupkan budaya mesra alam di sekolah dan pada tahun 2012 S.K Sungai Tinggi telah terpilih untuk menyertai kempen Sekolah Lesatari.
Untuk mencapai status Sekolah Lestari, sekolah perlu menepati empat komponen:
*       Pengurusan - merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah dalam pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
*       Kurikulum - menerap nilai-nilai alam sekitar (kepada murid dan guru) dalam pengajaran dan pembelajaran
*       Kokurikulum - mengadakan aktiviti-aktiviti bertemakan alam sekitar seperti: Kempen Kesedaran Alam Sekitar; sukan seperti Enviro-Hunt, Larian Hijau; Program Kitar Semula
*       Penghijauan - Aktiviti-aktiviti termasuk penceriaan landskap sekolah; program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok; melabelkan nama saintifik dan tempatan pada pokok.
Anugerah tertinggi yang akan diperolehi oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah Anugerah Sekolah Lestari.

Hadiah bagi Anugerah SERASI bagi kedua-dua peringkat sekolah rendah dan menengah adalah seperti berikut:
*       Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar
*       Pengurusan Alam Sekitar Terbaik
*       Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar Terbaik
*       Penghijauan Sekolah Terbaik
*       Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Sekolah Terbaik
*       Inovasi Alam Sekitar Terbaik

VISI SEKOLAH LESTARI

Menjadikan sekolah SKST sebagai Sekolah Lestari Cemerlang melalui program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam semua bidang tugas.

 MISI SEKOLAH LESTARI

Untuk melaksanakan Sekolah Lestari Cemerlang, kami akan memastikan Misi berikut dijalankan dengan jayanya:

§  Berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah lestari melalui aktiviti Pendidikan Alam Sekitar
§  Meluaskan pengetahuan alam sekitar dengan menyelitkan unsur-unsur alam sekitar semasa P & P dalam setiap matapelajaran.
§  Mengadakan pelbagai aktiviti bertemakan alam sekitar semasa aktiviti kokurikulum
§  Pemeliharaan dan pemuliharaan  pokok-pokok yang sedia ada dan menambahkan landskap dalam menentukan penghijauan sekolah ditambah baik.
 OBJEKTIF

Objektif Am:

§  Meningkatkan pengetahuan murid tentang alam sekitar
§  Menanamkan sikap mencintai alam sekitar dikalangan muird-murid
§  Dapat membantu meningkatkan akademik murid dalam semua matapelajaran sekolah dengan pengetahuan yang diperolehi

Objektif Sekolah Lestari:

§  memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
§  meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
§  menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
§  meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar
§  mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lesta

 PELAN PERANCANGAN SEKOLAH LESTARI

  1. PENGURUSAN
Ø  Mewujudkan visi dan misi pendidikan alam sekitar
Ø  Menjadikan pendidikan alam sekitar sebahagian daripada perancangan kurikulum dan ko kurikulum tahunan sekolah
Ø  Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Lestari
Ø  Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah
Ø  Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu sekolah
Ø  Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan
Ø  Memberikan pendedahan mengenai nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan memperuntukan kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai program pendidikan alam sekitar
Ø  Menganjurkan bengkel, ceramah dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah
Ø  Menganjurkan dan melaksanakan kempen kesedaran pendidikan alam sekitar
Ø  Mengadakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar
Ø  Memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pelupusan bahan buangan secara terancang
Ø  Merancang, mengurus dan memantau pelupusan sisa buangan berbahaya/toksik seperti sisa-sisa makmal/ Kemahiran Hidup (KH) secara selamat melalui peraturan yang ditetapkan
Ø  Menyediakan laporan panitia untuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum.
Ø  Merancang aktiviti penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar

  1. KURIKULUM
Ø  Menerapkan nilai-nilai pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P)
Ø  Melaksanakan modul rancangan pengajaran dan pembelajaran alam sekitar merentas kurikulum
Ø  Menganjurkan program/bengkel/seminar untuk mendedahkan pendidikan alam sekitar kepada guru

  1. KOKURIKULUM
Ø  Melaksanakan aktiviti pendidikan alam sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/ kelab/persatuan
Ø  Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar
Ø  Menganjurkan permainan atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro- Walk, Enviro-Bike dan lain-lain
Ø  Mengadakan Program Kitar Semula

PENGHIJAUAN

Ø  Program sekolah dalam taman/lanskap
Ø  Program penanaman menggunakan baja organik
Ø  Program satu pelajar satu pokok
Ø  Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesies yang sesuai
Ø  Penandaan nama saintifik dan tempatan pada pokok
Ø  Penubuhan stesen pembelajaran
Ø  Penyelenggaraan kawasan padang