Blog Archive

Briged Bestari

Pengenalan
Bermula tahun 2012, Briged Bestari telah ditubuhkan bagi membantu pihak sekolah menjayakan Program sekolah Bestari serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi lain berjalan lancar.


Objektif Penubuhan Briged Bestari
  • Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
  • Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan perlaksaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
  • Melatih kumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Menggembeleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.
  • Memberi peluang kepada murid-murid berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkanilmu kepakran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan yang lain di sekolah.
Fungsi Briged Bestari
  • Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
  • Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
  • Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian.
  • Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Sekolah Bestari.
  • Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Senarai nama Briged Bestari SKST 2012


Nur Syawani Bt. Mat Jais

Muhammad Asyraf Danial B. Mohd Rizan

Mohd Haikal B. Abdul Halim

Ainnur Husna Bt. Mustaza

Mohd Firdaus B. Rosli

Noor Syafiqah Bt. Mohd Yusoff


Nurazri B. Mohd Nasir

Suzanna Bt. Abdullah Sani

Nur Zulaikha Bt. Abu Kassim

Muhammad Nur Ariff B. Jamaludin

Nur Dini Dayana Bt. Kamalrozaman

Nor Alia Bt. Azmi (Tiada Gambar)